MySRBN Akan Diteruskan di Seluruh Kawasan Pedalaman Sarawak

Kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) akan meneruskan program Sarawak Rural Broadbrand Network (MySRBN) di kawasan-kawasan pedalaman seluruh Sarawak.

Program MySRBN merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk menyediakan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi menggunakan teknologi Fixed Wireless Access (FWA) di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak bagi mempercepatkan transformasi digital di negeri ini.

Selain bermatlamat untuk mendigitalkan ekonomi Sarawak dan menghubungkan masyarakat pedalaman dengan dunia luar, program MySRBN juga adalah salah satu usaha untuk mengatasi masalah yang berpanjangan iaitu liputan jaringan yang lemah di kawasan pedalaman di Sarawak.

Dengan memperluas liputan dan meningkatkan rangkaian jalur lebar, semua sektor di Sarawak akan dapat memanfaatkan faedah penyambungan digital.

RO 7 2 11 2021

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran MySRBN di Kampung Berawan Long Terawan, Mulu pada 6 April lalu memberitahu, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan dana sebanyak RM200 juta bagi menyediakan jaringan jalur lebar di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak.

Menurut beliau, program SRBN tersebut akan memberi keutamaan dalam jaringan jalur lebar ke kawasan pedalaman khasnya di klinik-klinik desa, sekolah, hospital dan dewan masyarakat.

Peruntukan RM200 juta yang diluluskan oleh Kerajaan Sarawak menerusi SDEC adalah untuk melaksanakan SRBN di 150 buah kawasan pedalaman Sarawak yang sukar mendapat liputan internet.

Beliau memberitahu, SDEC telah mengenal pasti sebanyak 150 lokasi yang sangat memerlukan kemudahan SRBN ini, dan setakat ini SDEC telah menyediakan kemudahan berkenaan di 100 lokasi manakala 50 lokasi lagi akan dilengkapi dengan SRBN sebelum berakhirnya tahun ini.

4W2A1020 1

Dengan merapatkan jurang digital diantara penduduk bandar dan pedalaman menerusi SRBN ini, ia akan memberi peluang baharu kepada penduduk pedalaman berkembang maju sebagai komuniti yang didorong oleh data dan inovasi

Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu YB Dato Gerawat Gala menyifatkan program MySRBN ini adalah bukti yang cukup jelas bahawa polisi ekonomi digital yang diilhamkan oleh Ketua Menteri sudah menjadi kenyataan dan sedang dirasai serta dinikmati oleh masyarakat pedalaman termasuk penduduk di Long Terawan.

Dato Gerawat Gala mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada penduduk di Long Terawan kerana diberi penghormatan dan dipilih menjadi tapak bagi pelancaran program MySRBN ini.

Masyarakat di Long Terawan termasuk penduduk dari Kampung Berawan, Melinau dan Batu Bungan sangat bertuah kerana mereka kini sudah menjadi ahli perkampungan digital sedunia bersama dengan masyarakat-masyarakat digital di bandar-bandar utama pusat-pusat perdagangan di seluruh dunia.

Pada hari ini, kawasan-kawasan yang jauh di pedalaman seperti di Long Terawan tidak lagi tersisih dalam pelaksanaan infrastruktur digital.

Murid-murid sekolah dan guru-guru kini dapat mengadakan sesi pembelajaran secara maya sekali gus akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan prestasi akademik murid-murid di Long Terawan ini.

Bagi penduduk-penduduk kampung, mereka akan dapat menjalankan perniagaan secara dalam talian (online) kerana sudah boleh berhubung dengan pelanggan-pelanggan di bandar dan di seluruh dunia dengan adanya akses internet.

Dato Gerawat Gala memberi penekanan iaitu, kemudahan internet jika ia dimanfaatkan dengan bijak, akan dapat menjadi landasan untuk meningkat dan mempelbagaikan sumber ekonomi mahupun pendapatan masyarakat tempatan.

RO 7 4 11 2021 507x420 1

Source:
https://www.rakansarawak.com/v3/2021/04/08/mysrbn-akan-diteruskan-di-seluruh-kawasan-pedalaman-sarawak/

Share This Article