Soalan Lazim

Soalan-soalan lazim

Klik ke bawah untuk melihat semua soalan dan jawapan yang sering ditanya mengenai Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN).

  • Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) merupakan inisiatif transformasi digital Sarawak oleh Kerajaan Sarawak di bawah Sarawak  Digital Economy Corporation (SDEC), untuk meluaskan liputan dan menyediakan kesalinghubungan terutamanya kepada komuniti luar bandar.
  • MySRBN adalah pelan prabayar subsidi, dan anda boleh mula menikmati perkhidmatan MySRBN dengan harga SERENDAH RM5 sahaja​.
  • Mana-mana premis dalam liputan perkhidmatan MySRBN layak untuk memohon, dan pemohon mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

  • Untuk memohon sila semak jika premis anda berada dalam kawasan liputan menggunakan Aplikasi MySDEC. Sekiranya lokaliti anda berada di dalam liputan, anda boleh memohon melalui Aplikasi MySDEC di ruangan “New Line”.

  • Aplikasi MySDEC boleh dimuat turun dari Apple Store, Play Store, atau Huawei App Gallery.

Pendaftaran melalui laman rasmi MySRBN akan mengambil masa 2 hari kalendar (termasuk Sabtu dan Ahad) untuk di luluskan. Setelah pemohonan diluluskan, pemasangan akan dilakukan dalam tempoh 14 hari kalendar.

Pihak khidmat pelanggan kami akan menetapkan tarikh temujanji pemasangan MySRBN melalui SMS atau panggilan telefon.

Anda akan mendapat Unit Dalaman/Indoor Unit (IDU) dan Unit Luaran/Outdoor Unit (ODU). ODU ini mengandungi kad sim seperti di dalam telefon bimbit anda. Selain itu, anda juga akan mendapat latihan akses yang asas daripada pihak ‘installer’.

  • Tiada bayaran pendahuluan atau deposit diperlukan semasa permohonan/pendaftaran.

  • Pakej MySRBN tersedia dalam aplikasi MySDEC, muat turun sekarang untuk mengetahui lebih lanjut.

  • Untuk penggunaan berat, anda disarankan untuk melanggan pakej promosi.

Anda boleh membuat bayaran secara atas talian dengan menambah nilai di MySDEC Apps.

Perkakasan dan pemasangan percuma bernilai RM1150 disubsidi sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.

Anda boleh melanggan pelan prabayar MySRBN melalui aplikasi MySDEC dengan memilih pilihan ‘Buy Add-Ons’.

  • Peranti MySRBN asal disediakan secara percuma bagi setiap rumah sebagai sebahagian daripada pakej MySRBN.
  • Jika anda mendapati peranti anda rosak semasa penggunaan, sila laporkan kepada Hotline MySRBN kami. Caj penggantian mungkin dikenakan.
  • Anda boleh menghubungi talian hotline MySRBN 24 jam di 1800-88-7709/082-366547/082-504952 atau hubungi Khidmat Pelanggan MySRBN melalui WhatsApp di 082-364743.
  • Lawati laman web rasmi MySRBN di https://sarawak.digital/mysrbn/contacts/website dan hantar aduan anda di bahagian ‘Hubungi Kami’.
  • Atau lawati halaman Facebook utama MySRBN di https://www.facebook.com/MySRBN dan sembang di ruang ‘Chat’/’Private Message’.

Ikuti perkembangan terkini.

Daftar ke buletin kami hari ini.

Add Your Heading Text Here